Seperti yang anda semua sedia maklum, selain memiliki Pusat Bimbingan Az-Zuhdi, kami juga memiliki agensi perlancongan yang menawarkan perkhidmatan haji, umrah dan badal (upah) haji. Az-Zuhdi Group juga menawarkan kerja-kerja korban serta aqiqah.
Kali ini, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang pakej umrah dan haji yang telah kami sediakan bagi tahun 2013.
sila tekan pada gambar untuk pembesaran
Pendaftaran & Pengesahan :
Tempahan dan Bayaran Pendahuluan
- Mengisi borang permohonan umrah bersama bayaran pendahuluan RM2,000 seorang dan kepilkan bersama pasport antarabangsa.
Bayaran Penuh
- Bayaran penuh hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 40 hari sebelum tarikh berlepas.
Bayaran Balik
- Bayaran balik tidak diberikan jika sebarang perjalanan, makanan atau perkhidmatan lain yang disediakan tidak digunakan.
- Tiada bayaran balik bagi pembatalan di saat-saat akhir (25 hari sebelum berlepas).
- Jika terdapat sebarang pembatalan, bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.
- Pendaftaran kurang dari 30 hari dari tarikh berlepas maka hendaklah dijelas sepenuhnya bayaran pakej.
Syarat-syarat Permohonan VISA
- Pasport antarabangsa yang sah laku tidak kurang dari 6 bulan sebelum tarikh tamat dan minima 6 muka surat kosong.
- Borang permohonan VISA yang lengkap diisi.
- Salinan kad pengenalan.
- 3 keping gambar berukuran 6x4 cm dan berlatarbelakangkan berwarna putih, muka zoom 70%-80%. Wajah gambar mestilah jarak telinga ke telhnga 3cm, atas kepala ke dagu 4cm, tidak bersongkok/kopiah untuk lelaki.
- Pengesahan Suntikan Anti Meningococcal Vaccine ACWY 135.
- Surat sokongan dan kebenaran waris.
** Dokumen yang lewat terima dari tempoh 30 hari adalah tertakluk pada kelulusan visa dan pihak kedutaan Arab Saudi.
Hotel penginapan :
MAKKAH
- Jawharat Mona
- Wardat Mona
- Al-Musafir
- Royal Waleed
- Dyar Inn
- Atau yang setaraf dengannya (180-360 mtr dari Masjidil Haram)
MADINAH
- Durrah Andalus
- Andalus Alkhair
- Assalam
- Mobarak
- Royal Andalus
- Safir Assaha
- Waseel
- Arreem
- Atau yang setaraf dengannya (25-85 mtr dari Masjid Nabawi)
Peraturan Harga Pakej :
Harga Pakej Termasuk:-
- Urusan daftar masuk di KLIA dan Bagasi.
- Sambut dan Bantu di Lapangan Terbang Jeddah.
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi KUL/JED/KUL.
- Penginapan di Madinah dan di Makkah.
- Pengangkutan dengan bas, coaster, GMC, Limosin dan van berhawa dingin (tertakluk pada jumlah jemaah).
- Makan minum 3 kali sehari (Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) minuman panas 24 jam (layan diri).
- Ziarah di Madinah 2x dan Makkah 2x seperti yang tertera didalam aturcara.
- Pengangkutan untuk Miqat adalah percuma (1x Bir Ali, 1x Ja'rannah, 1x Hudaibiyah, dan 2x Ta'naim mengikut aturcara).
- Lawatan sekitar Bandar Jeddah, sebelum ke Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang (jika berkesempatan).
- Khidmat Muassasah yang berdaftar Mutawwif yang fasih berbahasa Melayu.
- Urusan VISA umrah secara online.
- Saguhati seperti beg galas, beg sandang.
- Buku panduan umrah, kursus umrah.
- Air Zam-Zam 10 liter seorang.
Harga Pakej TIDAK Termasuk:-
- Penggunaan telefon dan dobi.
- Makan dan minum selain daripada yang disediakan.
- Lawatan yang tidak termasuk didalam aturcara.
- Pengangkutan ke Ta'naim untuk Miqat umrah pada hari acara bebas.
- Perbelanjaan-perbelanjaan persendirian yang lain.
Aturcara Pakej Umrah :
HARI 01 Kuala Lumpur / Madinah@Jeddah
- Bertolak dari KLIA dan akan tiba di JEDDAH dan terus ke MADINAH. (Sila lapor diri 4 jam sebelum waktu berlepas.)
HARI 02 Madinah
- Selepas sarapan pagi, ziarah dalaman seperti makam Rasulullah S.A.W dan para sahabat, raudhah dan perkuburan Baqi'.
HARI 03 Madinah
- Selepas sarapan pagi, ziarah luar Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Makam Syuhada Uhud dan diakhiri di pasar kurma.
HARI 04 Madinah/Makkah
- Selepas Zuhor, bertolak ke Makkah dan MIQAT di BIR ALI setiba di MAkkah, jemaah akan dibawa ke tempat penginapan untuk check-in. Seterusnya, jemaah akan dibawa menyempurnakan ibadah umrah.
HARI 05 Makkah
- Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.
HARI 06 Makkah/Ja'rannah
- Selepas sarapan pagi, ziarah KOTA MAKKAH seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah (Jabal Rahmah), Mina dan Ja'rannah. Di Ja'rannah, Masjid Jin, MAsjid Syajarah dan Perkuburan Ma'ala.
HARI 07 Makkah
- Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk Meqat ke Tanaim, dan selepas itu jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.
HARI 08 Makkah
- Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.
HARI 09 Makkah/Hudaibiyah
- Selepas sarapan pagi, ziarah Miqat di Masjid Hudaibiyah, Ladang Susu Unta, Muzium Islam dan Kiswah (Kilang Tenunan Kelambu Ka'abah) tertakluk pada kelulusan daripada pihak Muziam dan Kiswah.
HARI 10 Makkah (atau hingga hari ke 13)
- Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.
HARI 11 Makkah
- Waktu akan ditetapkan mengikut jadual penerbangan, jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan tawaf wida' sebelum meninggalkan Makkah. Ziarah di Bandar Jeddah dan Masjid Terapung sebelum ke Lapangan Terbang Jeddah, (mengikut kesesuaian masa) seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur.
HARI 12 atau HARI 15 Jeddah/Kuala Lumpur
- Tiba di KLIA dengan selamat. Insya'Allah..
**Aturcara ini tertakluk pada perubahan terakhir.
PAKEJ HAJI SWASTA
(Dibawah Konsortium PJH TH)
(Dibawah Konsortium PJH TH)
Kami juga menyediakan perkhidmatan yang mengikut keperluan kewangan anda. Boleh dirunding.
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Sekian, wassalam.
Benor ke nie yob?
ReplyDelete